Menggambar


BIDANG 1 : MENGGAMBAR


•Adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata.
•Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata.
•Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek
•Gambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik.
•Representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk 2 dimensi
•Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek

Alat, Media dan Teknik:-
Murid minat menghasilkan kerja-kerja seni menggunakan berbagai jenis kertas yang berbagai tekstur, warna dan berbagai saiz. Lain-lain kertas seperti kertas surat khabar, majalah, kertas tisu, kertas sampul surat, kertas pembungkus hadiah dll.


Alat tulis samada yang berwarna atau tidak berwarna, media kering atau basah semuanya amat berguna untuk melengkapkan kerja-kerja menggambar.

Tujuan Menggambar:-
• Meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis
  dan membuat gambar
• Menggunakan Asas Senireka dalam menggambar berdasarkan tema imaginasi murid
• Menggambar berdasarkan tema, pengalaman, imaginasi dan fantasi murid secara manual dan berbantukan komputer.

Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Antara kegiatan dalam bidang ini ialah:-







 a) Alat, Media dan Bahan:-



b) Jenis-jenis Kertas:-



c) Teknik

i. Coreng / conteng
ii. Garisan kontur
iii. Titik
iv. Pangkah silang
v. Garisan selari.

d) Tema / hal benda:-

(i) Lukisan figura -imej yang berkaitan dengan manusia atau haiwan
(ii) Lukisan alam benda - objek kaku atau tidak bernyawa
(iii) Lukisan lanskap - pemandangan di luar studio atau di dalam 
       studio.

Contoh gambar:
media pestel
menggunakan pen
menggunakan pensel


Menggunakan arang


Catan adalah satu proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata. Dihasilkan melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus. Ia mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak.


Cat Poster
1. Pewarna dalam bentuk tiub atau botol.
2. Ciri-ciri: bersifat legap.
3. Bahantara: air.
4. Alat: berus pelabagai saiz jenis lembut atau keras.
5. Kertas katrij tebal atau licin.

catan cat poster

Cat Tempera 

1. Pewarna dalam bentuk tiub atau serbuk
2. Pengilat: kuningg telur
3. Bahantara: air.
4. Ciri-ciri: lutsinar hampir lembut, sama seperti catan air di atas kertas. Akan memberi kesan seperti catan cat minyak jika pada permukaan keras dan tebal.
5. Alatan : berus pelbagai saiz dan jenis lembut atau keras seta tempat pembancuh warna.
6. Ketas: kertas tebal, kain, kanvas, papan dan sebagainya.

catan cat tempera

cat minyak

1. Sejenis pewarna atau pigmen dalam bentuk tiub.

2. Bahan Pengilat ialah minyak linsid, minyak poppy atau minyak kacang untuk mencair atau 
    memekatkan cat.
3. Bahantara yang digunakan ialah turpentine.
4. Ciri-ciri: bersifat legap, licin, dan berkilat, kasar berjalinan, terpulang kepada teknik mencatan
5. Alat dan bahan yang digunakan seperti berus pelbagai saiz, pisau palet, plat pembancuh warna, bekas 
    minyak linsid, turpentine, kekuda (easel), kanvas atau sebarang permukaan.


catan cat minyak

Ni adalah antara proses yang terlibat semasa membuat catan cat minyak:-


1. Buat lakaran kasar dengan pensel atau arang
2. Warnakan latarbelakang mengikut warna objek
3. Memperincikan catan dengan berus yang lebih halus supaya wujud kesan perspektif, bentuk dan 
    jalinan
4. Kemasan dan persembahan dengan membingkaikan catan

Jom tengok demo~
amacam??boleh buat tak?...hmm... menangess~





Cat Air

1. Pewarna atau pigmen dalam bentuk 
    kek atau tiub.
2. Pengilat: gam arab.
3. Bahantara: air
4. Ciri-ciri: bersifat lutsinar, boleh 
    menimbulkan kesan legap jika   
    disapu beberapa kali, membolehkan 
    kerja-kerja dilakukan dengan  
    spontan.


                                     







catan cat air

Bosan??ish3. Jom tgk video pulak




Yang ni teknik-teknik dalam cat air, cekitdaut~


teknik basah atas basah



basah atas kering


kering atas basah

Cat Akrilik

1. Pewarna ini dicampur dengan plastik cecair berwarna putih yang menjadi cerah apabila kering
2. Diperkenalkan pada tahun 1940-an.
3. Cat sintetik ini cepat kering dan sesuai dengan teknik glazing, hard edge dan impasto
4. Bahantara: air, tidak akan melarut dalam air apabila kering
5. Teknik dan proses sama dengan catan cat minyak


  • Kolaj dihasilkan dengan cara memotong, mengoyak, menggunting, menampal, menindih bahan-bahan di atas permukaan rata.
  • Bahantara yang digunakan untuk menghasilkan kolaj adalah dari bahanbahan terbuang, jenis kekacang, berbagai jenis kertas dan fabrik.
  • Sebelum mengaplikasikan alatan dan media pada kolaj perlu fikirkan tema terlebih dahulu. Tema, alatan, bahan dan media perlu disesuaikan dengan tahap umur murid.
contoh:-




  • Montaj ialah satu aktiviti seni menggambar menggunakan potongan gambar dari berbagai sumber atau sumber yang sama.
  • Aktiviti montaj menggunakan teknik memotong, menampal dan mencantum. Teknik tindihan (kolaj) dan teknik susunan gambar (mozek) digunakan dalam aktiviti montaj. Cantuman gambar-gambar akan menghasilkan satu imej baru.
  • Teknik super impose, image editing photography digunakan dengan menggunakan komputer dalam menghasilkan montaj.
  • Tema bagi aktiviti menghasilkan montaj boleh dikategorikan kepada tema lanskap, alam benda, figura dan corak huruf. Warna-warna harmoni dan warna-warna kontra digunakan dalam montaj untuk menarik perhatian pemerhati.
contoh:-



  • Cetakan adalah satu proses penerapan blok ke atas permukaan rata, diulang dan dicipta dalam bentuk edisi dengan menggunakan dakwat. 
  • Cetakan juga boleh terjadi melalui proses menggambar dan mencorak yang dilakukan dengan cara memotong permukaan plat dengan dakwat.
  • Teknik cetakan mono, teknik cetakan timbul, (blok kayu dan lino) boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah. 
  • Pemilihan dalam menggunakan teknik-teknik cetakan yang sesuai perlu diambil kira terhadap tahap kecerdasan murid terlebih dahulu.
Jenis-jenis cetakan:-

  1. Cetakan timbulan
Proses mengukir ke dalam dan meninggalkan bahagian timbul untuk diletakkan dakwat dan dicetak. terdapat beberapa jenis cetakan yang dikategorikan dalam cetakan timbul iaitu:-
i-cetakan lino
ii-cetakan blok kayu
iii-cetakan kolograf

contoh:-

    2. Cetakan Benam

  • memerlukan plat logam yang diguris menggunakan jarum tajam atau asid untuk menghakis imej untuk mendapatkan kesan benam pada permukaan.
  • warna atau dakwat cetakan memerlukan bahagian benaman untuk dakwat melekat dan seterusnya dicetak atas permukaan.
  • antara kaedah cetakan jenis benam:-
a) Turisan (engraving)
b) Akuantin (aquatint)
c) Gurisan asid (etching)
d) Mesotin (mezzotint)

   3. Cetakan planografi / litografi
  • Dihasilkan melalui permukaan cetakan yang mendatar. 
  • Dikenali juga sebagai litografi. 
  • Ia adalah teknik sifat penolakan minyak dengan air. 
  • Menggunakan blok batu kapur. 
  • Ia kelihatan seolah-olah lukisan pensel.

  4. Cetakan stensilan/sutera saring
  • Menggunakan pemindang kain sutera saring untuk mencetak imej.
  • Imej yang dihasilkan lebi tepat dabn kemas
  • Boleh menggunakan kertas atau plastin yang ditebuk.

  • Resis ialah satu aktiviti dalam kegiatan menggambar yang menggunakan warna-warna basah dan contengan lilin.
  • Lilin yang digunakan dalam aktiviti resis menjadi pelindung kepada warna asal atau terdahulu yang terdapat pada permukaan kertas.
  • Lilin dalam aktiviti resis bertindak sebagai alat untuk menghasilkan garisan di atas permukaan kertas
  • Resis dari kertas lilin ialah satu perpindahan lilin yang terdapat kertas tersebut ke permukaan kertas dengan menggunakan teknik tekanan garisan.
  • Resis dengan menggunakan kain menggunakan canting untuk membuat garisan lilin pada corak batik.
  • Sodium silikat digunakan dalam resis batik kain untuk mengekalkan warna yang terdapat pada kain tersebut.
  • Rendaman soda ash dalam air panas bertindak untuk membuang lilin yang terdapat pada permukaan kain tersebut.


Gosokan adalah satu proses pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke permukaan yang lain dengan cara menggosok di atas permukaan yang hendak dipindahkan.
Aktiviti gosokan dapat memperkembangkan deria lihat terhadap alam sekitar, meluahkan berbagai perasaan dan menghasilkan berbagai jalinan.


Teknik gosokan
• Gosokan satu lapis dan satu arah sahaja
• Gosokan beberapa lapisan di atas tempat yang sama
   secara berulang kali
• Gosokan beberapa kali dari arah dan sudut yang berlainan
• Gosokan secara pusingan
• Gosokan menggunakan berbagaibagai warna
• Gosokan monokrom - menggunakan warna putih dan hitam sahaja.
• Gosokan potongan kertas


Contoh gambar





  • Menggunakan rupa bentuk gambar yang dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut.
  • Apabila bahan warna disapu di atas stensil yang diletakkan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas.
  • Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan


  • Percikan diistilahkan sebagai satu hasilan titikan warna yang berselerakan ke sana sini setelah warna tersebut jatuh ke atas permukaan.
  • Percikan dihasilkan dengan cara mendetik, merenjis, mengetuk, menyembur dan memercik. Alatan penting yang digunakan untuk menghasilkan percikan ialah berus dari berbagai jenis, warna-warna basah dan kertas.
  • Percikan akan menghasilkan satu permukaan seperti batu granit atau marble yang menarik.
  • Tema yang boleh dijalankan dalam aktiviti percikan termasuklah lanskap, tumbuh-tumbuhan, corak, kad ucapan, setem dan catan.
  • contohnya macam ni 




  • Sesuatu alat yang tajam boleh digunakan untuk menguris keluar sesuatu bahan yang lembut di sesuatu permukaan. 
  • Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara berlapis-lapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas. 
  • Alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastik boleh digunakan untuk mengguris pada krayon tebal itu supaya menghasilkan gambar. 
  • Berbagai jenis alat yang keras dan tajam itu akan memberi berbagai kesan yang berlainan pada garisan yang dihasilkan. 

  • Capan ialah teknik mengecap dengan bahan alam atau semula jadi yang mempunyai jalinan tertentu.
  • Capan adalah berbeza dengan cetakan kerana tidak perlu disediakan blok cetakan.
  • Imej yang dihasilkan hanya bergantung kepada jalinan dipermukaan bahan semula jadi atau bahan alam tersebut.
  • Contohnya, cap jari menghasilkan kesan yang sama dengan jalinan yang ada pada jari.

  • Satu hasil kerja seni menggambar yang dihasilkan dengan menyusun bahan-bahan tertentu di atas permukaan rata.
  • Teknik mozek dihasilkan dengan menyusun bahan secara bersebelahan dan rapat tetapi masih meninggalkan ruang latar.
  • Bahan-bahan yang digunakan adalah dari bahan semulajadi atau buatan manusia mengikut kesesuaian tahap murid dan jenis kelas yang hendak diajar.
  • Aktiviti mozek boleh dijalankan sebagai aktiviti dalam seni menggambar di dalam sekolah dan pada bangunan- bangunan di luar sekolah.

  • Poster merupakan satu bentuk seni komunikasi perhubungan dan pengiklanan.
  •  Poster berfungsi sebagai pengumuman, pemberitahuan dan pengiklanan.
  •  Poster harus dapat menarik perhatian orang ramai  serta dapat menyampaikan mesej dengan jelas, cepat dan berkesan.

Poster boleh dipersembahkan melalui 2 cara:

i. Menggunakan muka taip (huruf) sahaja.

Mukataip dijadikan subjek utama untuk menyampaikan maksud poster. Ada yang bersifat ringkas dan jelas dan ada juga jenis yang lebih simbolik. Jenis mukataip yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan tema poster tersebut


ii. Menggunakan muka taip bersama ilustrasi dalam bentuk lukisan, gambar atau foto.

Poster jenis ini lebih menarik dan berkesan. Sekiranya maklumat yang disampaikan melalui mukataip tidak dapat disampai dengan jelas mungkin atas faktor bahasa (yang kurang difahami kerana berlainan bangsa) atau usia (yang belum mampu boleh membaca atau terlalu tua untuk membaca) dan sebagainya. Dengan itu, penggunaan ilustrasi adalah yang paling sesuai untuk menyampaikan mesej poster. Ilustrasi hendaklah bersesuaian dan memenuhi sekurang-kurangnya 70% daripada saiz poster, berbanding mukataip bagi poster jenis ini.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

:: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea