mencorak dan membuat rekaan


  • Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. 
  • Corak ialah susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Oleh itu corak terdiri daripada Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang. Corak juga boleh terbentuk daripada bukan motif secara bebas atau Corak Tidak Terancang.
  • Motif ialah sama ada rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau gubahan. Ia terdiri daripada motif flora, fauna, geometrikal dan organik.
  • Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara.  
  • Corak tradisi ialah corak yang mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai nama-nama tertentu yang berunsur tradisi.

Terdapat dua jenis corak iaitu :-

CORAK TIDAK TERANCANG

Corak tidak terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia boleh dihasilkan dengan cara seperti merenjis, meniup, mengayak, menggolek dan sebagainya.

pualaman:-



Tiupan:-

Titisan:-

Ikat & celup

Renjisan & percikan


CORAK TERANCANG

Corak terancang dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur dan dalam susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan, termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak.

Jenis susunan corak terancang


Susunan Ulang Sekata
Motif yang diulang secara berurutan dalam baris dan lajur yang sama bagi menghasilkan corak yang menarik. Susunan corak ini selalunya menggunakan garisan grid sebagai panduan.

Susunan Berpusat
Motif susunan berpusat berpunca daripada satu titik tengah yang dikembangkan. Motif ini boleh dihasilkan dalam bentuk bulatan, segi empat, hexagon, oktagon dan sebagainya.

Susunan Bertimbal
Motif ini diwujudkan secara cerminan. Motif akan kelihatan dalam posisi yang bertentangan.

Susunan Bertindih
Motif yang sama disusun secara bertindih atau bertindan antara satu sama lain sehingga membentuk corak yang menarik. 

Susunan Berselang Seli
Motif yang disusun secara berselang seli di antara motif yang lain atau di antara ruangan yang kosong. Penggunaan garisan grid dapat membantu menghasilkan corak yang menarik dan teratur.



Susunan Batu Bata
Motif disusun secara berurutan pada baris atau lajur yang sama. Motif seterusnya disusun di antara pertemuan dua motif yang sebelumnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

:: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea